Skip to content

Novel terbaru keluaran SR Publication syarikat milik novelis popular Siti Rosmizah. Novel terbaru Duka Bersulam Rindu karya Ameera Ameer.

September 30, 2012
 

 

 
Sinopsis Duka Bersulam Rindu by Ameera Ameer 
 
Kahwin lari? Walaupun bukan itu yang mereka inginkan tetapi kerana halangan orang tua dan desakan hati memaksa Arissa Saffiya dan Mohd Idzhar Hakimi menyeberangi sempadan demi satu ikatan. 
 
“Pa…tolong pa…Riss nak tinggal sini pa. Riss nak tinggal dengan suami Riss…jangan pisahkan Riss dengan Idzhar pa…tolong pa…” rayu Arissa dalam esakan.
 
“Suami? Ini suami yang Riss banggakan? Suami yang tidak mampu memberikan apa-apa pada Riss?” soal Tan Sri Ariffin sinis.
Arissa akur, insan yang amat di cinta terpaksa ditinggalkan. Tapi mengapa? Bukankah Idzhar segala-gala dalam hidupnya? 
 
‘Maafkan Riss abang….Riss terpaksa tinggalkan abang…Riss sayangkan abang dan cinta Ris akan terus hidup untuk abang…’
Selama enam tahun Idzhar merindui Arissa dan selama itu dia membawa lara di hati. Airmatanya menjadi murah sangat ketika ini. Syukur Ya Allah! Syukur! Hari ini, dia dipertemukan semula dengan bidadari hatinya. 
Tapi kenapa wajah Arissa beku? Sudah berubahkah dia? Mengapakah tidak tersirna sekelumit jua rasa rindu di mata itu? 
“Kalau I boleh ulang balik masa tu… I tak akan buat apa yang I dah buat dulu dan memang I menyesal sangat-sangat.” Ya Allah! Begitu sekali bencinya Arissa pada diri ini.
Arissa pasrah pada ketentuan Illahi. Ada sesuatu yang Idzhar tidak pernah tahu. Kehadiran Nylea yang selama ini menjadi rahsia dan punca perpisahan mereka. Biarlah hanya tuhan yang tahu, dukanya yang bersulam rindu. 

From → Uncategorized

Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: